Thursday, September 11, 2008

Port Dickson 波德申市

申明:以下文章原文部份(馬來文,Bahasa Malaysia)轉載自波德申市議會(MPPD,Majlis Perbandaran Port Dickson)之網站,中文翻譯為本人所撰寫。

Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson
yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini
dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan
kerana kedudukannya di teluk kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.

波德申 Port Dickson的命名來自於19世紀末駐紮此地的英國高級官員Sir John Frederick Dickson。在這之前,波德申主要是由本地馬來人開發而來的鄉鎮,並命名為Tanjung(英譯Cape,中譯為海角)。 而華人及印度人則稱之為Alang或Arang(Arang為馬來文中的煤炭),因為波德申市區所在的海灣位置不遠處有一海島盛產煤炭,且供應附近地區之日常使用。


Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan
Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri
Bersekutu Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirehat untuk pegawai dan peladang British.

自從發現Arang地區及Tanjung地區的工業及市鎮開發的穩健成長,英殖民地海峽聯邦州屬祕書Sir John Frederick Dickson即宣佈將Tanjung地區開發成一個策略性港口,亦發展成為英國官員及英籍農地開發者的休閒度假區。


Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti
perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai
satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan
perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.

此港口的開發的主要目的是讓英國人可以從印度與中國的商業貿易中獲得利益,諸如香料、茶葉、絲綢布料等等。印度與中國之間的繁忙商業貿易將凸顯馬六甲海峽是個適當且實在的停靠點,因為此港口正好坐落於兩地通航的中央。


Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan
kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong.Lagipun, telah dipastikan bahawa landasan kereta api dan pelabuhan laut dalam memainkan peranan penting untuk mengembangkan perdagangan untuk mengeksport timah dari lombong di Sungai Ujong.

為了提升此港口更完整的功能,在次年1891年,Sir John Frederick Dickson建議建置鐵路銜接至雙溪烏榮(Sungai Ujong,即今日的Seremban,芙蓉市),長達39公里。此鐵路計畫將促使各種可以經由貨船運載的商品從港口轉運至芙蓉市,諸如香料、米糧、木薯等等。另一方面,鐵路及港口一將提升芙蓉市生產的錫礦的出口貿易量。



Untuk memudahkan pembinaan landasan ini, pihak British membawa masuk tenaga buruh dari India. Dengan usaha yang gigih maka landasan itu telah siap dan dirasmikan oleh Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu, Sir John Frederick Dickson. Dengan perasmian landasan kereta api itu, pihak British juga telah menukarkan nama tempat tersebut dari Tanjung menjadi Port Dickson. Sejak dari itu, nama itu telah menjadi sebutan orang ramai di Malaysia malah seluruh dunia.

為了使此鐵路建置計畫更順暢的進行,英國當局從印度輸入的勞工。在不斷的努力下,鐵路終於完成,並由海峽聯邦州屬祕書 約翰菲德利迪克申紳士 Sir John Frederick Dickson宣佈正式啟用。在鐵路啟用後,英國當局即宣佈Tanjung正式更名為Port Dickson 迪克申港(即波德申)。從此以後Port Dickson 波德申即成了家戶喻曉的地名,甚至遠揚國際。



Sejak mula beroperasi sebagai pelabuhan laut dalam, Port Dickson telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Pada tahun 1893 sahaja 600 kapal dari Singapura dan Port Klang berlabuh di Port
Dickson memunggah muatan kapal dan kemudian mengangkutnya dengan keretapi ke Sungai Ujong. Pembangun yang pesat, aktiviti pelabuhan yang sibuk dan bertambahnya jumlah pengangkutan barang-barang dari dalam dan luar Port Dickson, satu pusat pemeriksaan Kastam dan Imigresen ditubuhkan pada tahun 1894.

自從發展成深水港口後,波德申市取得了高度成就。光是1893年一年,就有600艘來自新加坡及巴生港(Port Klang,坐落於雪蘭莪州)的商船停靠波德申港卸貨以便透過鐵路運輸將貨物運抵芙蓉市。 基於市鎮的快速發展,日漸繁忙的港埠貨物裝卸及貨運進出頻繁,於1894年成立了海關及移民廳。



Kejayaan pelabuhan ini juga membawa kepada beberapa pembaharuan kepada pusat bandarnya. Bangunan-bangunan kedai papan telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan kedai batu. Kira-kira 45 bangunan kedai batu telah didirikan sementara permohonan juga diterima untuk tapak tanah kosong disepanjang pantai.Perkembangan yang membawa perubahan Port Dickson itu menarik perhatian ramai yang membuat keputusan untuk menjadikan Port Dickson tempat penginapan atau dagangan mereka yang mengakibatkan pertambahan penduduk.Kegiatan ekonomi yang dijalankan terus pesat berkembang luas sejajar dengan pertumbuhan penduduk di Port Dickson.

此港口的成功設置給市鎮帶來了新的成長。磚瓦水泥建造的店屋取代了木板建造的店屋。多達45間的新型磚瓦水泥店屋紛紛林立,同時沿著海岸的空地亦申請建造房屋。波德申的快速成長吸引了不少人遷入,以作為他們的定居地及從商的好所在。也因為人口的成長,帶動了波德申的經濟活動。


Kemunculan gergasi minyak tidak boleh diperkecilkan. Dalam tahun 1901, Syarikat Shell Petrol
and Trading telah mendirikan kilang penapisan minyak bagi menampung pengeluaran sebanyak 700 liter tan minyak. Kesan pembangunan yang sangat pesat itu telah menjadikan Port Dickson
semakin terkenal.Menjelang tahun 1902, Port Dickson telah pun dikenali ramai kerana stesen
kereta apinya di Selatan Semenanjung serta kemunculannya sebagai pelabuhan terunggul. Sistem pengangkutan melalui kereta api dan jalan raya telah mendatangkan faedah kepada syarikat multinasional seperti Shell.

在1901年,Shell蜆殼汽油貿易在此地設立了煉油廠,每日可處理多達700噸的原油。波德申的快速成長使得其日趨成名。在1902年,波德申已是一個家戶喻曉的市鎮,因為她是一個具有獨特港口及火車通行的市鎮。完善的道路及鐵路運輸系統使得不少跨國公司如Shell等獲益不少。



Pada tahun 1933, Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kemah Angkatan Tentera Melayu dan juga Maktab Tentera Perseketuan. Dalam tahun 1964, Esso pula membuka kilang penapisannya dan pada tahun 1965, Port Dickson telah dijadikan pusat menjana elektrik negara dengan terdirinya Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar. Stesen ini telah membekalkan keperluan elektrik kepada hampir separuh Semenanjung Malaysia ketika itu.

在1993年,波德申即被選定為陸軍基地及聯邦軍事學院所在地。在1964,Esso設立了其煉油廠,成為波德申第二個煉油廠。次年1965年,中央政府在波德申設立了Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar發電廠,是為全國最大火力發電廠。至今,此發電廠供應了半個馬來半島的電力需求。

No comments:

FreeMe Google Search

NuffNang